Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
Keinginan serius berblog bonda sudah lama ada. Sejak zaman
belajar universiti bonda sudah ada dua blog rasanya tetapi tertinggal bersawang
J. Bila sudah ada anak,
sudah mula berbisnes, sudah jadi seorang guru keinginan tu datang lagi.
Allah lorongkan melalui satu iklan kelas asas penulisan
blog dan fanpage Ramadhan lepas, maka bonda daftar. Mahu cabar diri. Kalau
mahu, mesti buat kan. Kena cuba walau tahu akan adalah ‘ujian-ujiannya’ pasti.
Kenapa?
Kembangkan kemahiran menulis.
Menulis sudah lama jadi hobi. Dari belajar lagi. Lama
juga agaknya. Bonda mesti ada buku catatan, kecil ada besar pun! Diari ada juga
semestinya. Tapi bila mengenangkan tulisan-tulisan dan catatan-catatan dibuku
hilang, tertinggal di mana-mana, terkoyak, tercontengkan si anak, rugi rasa. Mahu
cari-cari semula nota dan catatan berharga, tak terjumpa maka, berbloglah
pilihan terbaik bonda. Tulis, luah, bila mahu baca, klik sahaja. Motivasi!
Bonda mahu kongsikan nota-nota dan ilmu bahasa Arab di
sini.
Bahasa Arab antara sebab bonda mahu menulis di blog.
Sekarang perkongsian notanya banyak bonda kongsikan di media sosial; Facebook, Telegram dan
Instagram sahaja. Menulis dan berkongsi di blog nota-notanya boleh buat bonda ulangkaji
bersama pembaca.
Oh ya! Ibu-ibu kenalan di Facebooklah antara sebabnya
juga. Sejak mengajar anak anak kelas agama petang bahasa Arab, bonda tahu ilmu
ini ibu-ibu mesti tahu juga. Ibu tempat rujuk anak-anak, maka kita pun mesti
belajar sama. Nota-nota infografik dan perkongsian mudah bonda, harapnya nanti
membantu sedikit sebanyak.
Perniagaan atas talian.
Betul. Sejak berniaga atas talian, tak mahu bonda
lepaskan peluang jadikan blog medium kembangkan perniagaan. Walau kita ibu dan
suri dirumah, tiada yang dapat halang impian dan cita-cita serta hobi kita
selagi suami mengizinkan kan J.
Menulis dan membaca macam terapi. Kita dapat ilmu dari
pelbagai sumber. Sekarang dengan klik hujung jari sahaja. Begitupun, pilihlah
bacaan yang baik, mudahan ia jadi makanan rohani yang baik juga. Inilah antara
sebab-sebab bonda berblog.
Moga perkongsian ini dan yang seterusnya nanti bermanfaat
untuk semua
@bondalutfi
9.55am
No comments:
Post a Comment