Sunday, July 8, 2018

BONDA

Bismillah. Dengan nama Allah Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
.
Akhirnya berkesempatan juga bonda menulis di sini. Hajat dan harapan mahu berkongsi ilmu ilmu bahasa Arab khusus buat para ibu dan semua umumnya
.
Bonda? Ya. Anak anak panggil bonda. Ada kisah juga sebenarnya panggilan ni. Nanti bonda kongsikan lain hari. Nama bonda Khairunnisa Binti Jauri. Panggil saja Anis. Kawan-kawan bahasakan Nisa'. Mana manalah kan asalkan sedap didengar telinga
.
Bonda surirumah. Tapi, mengajar juga Kelas Agama Petang di sekolah rendah. 3 hari. Jadinya hari hari lain, bonda di rumah dengan 2 anakanda bertuah 😊.
Dengan izin Allah, bonda seorang lepasan Ijazah Muda, Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Bahasa Arab, Kursus Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Perjalanan menjadi pelajar dan mahasiswa ni suatu episod yang penuh suka duka. Orang kata zaman susah nak lupa, zaman belajar nilah 😊
.
Selepas punya cahaya mata pertama, bonda mula berjinak dalam perniagaan online, menjual buku buku dan mainan edukatif untuk anak-anak. Sehingga sekarang, hampir 4 tahun juga. Ditambah pula menjual Balm Tasneem Naturel (mahu, roger ya hehe).

Bonda minat bahasa Arab. It's my passion. Hobi. Buat nota bahasa Arab, kongsikan ilmu dan nota di media sosial facebook dan instagram, wujudkan channel telegram khas bahasa Arab, semua untuk ibu-ibu.
Dan medium blog ni bonda harapkan nanti dapat bantu lebih ramai ibu. Kenapa? Nanti bonda cerita
.
Oh ya, hobi lain bonda, membaca. Genrenya tidak kisah. Terkadang itu, terkadang ini. Asal boleh dapat manfaat, bonda suka. Tulisan yang baik baik ni semua orang suka. Tulisan nilah juga jika ada manfaatnya akan jadi saham kita.
Tulisan juga lebih lama hayatnya dari kita, maka pilihlah bacaan dan tulislah yang baik baik
.
Sampai sini dulu. Nanti bonda kongsikan lagi. Harapannya, jom kita tuntut ilmu bahasa Arab. Siapa kata suri di rumah tidak boleh kan. Kitalah yang akan menggoncang dunia melalui anak anak. Tempat rujuk anak anak insyaAllah.

Salam kenal semua 😍
Bondalutfi
21:39pm 08072018

No comments:

Post a Comment