Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dari banyak bahasa, bonda pilih untuk berkongsikan ilmu bahasa Arab dengan semua. Dengan ibu-ibu khasnya. Menulis nota-nota mudah, nota-nota infografik untuk dikongsi bersama.
Dan kenapa bahasa ini? Sedang sekian banyak juga blog menulis tentang bahasa ini?
1) Bahasa Arab bahasa berkeperluan tinggi zaman ini.
Ramai orang dari seluruh dunia mahu pelajari bahasa Arab. Terasa rugi jika tidak ambil peluang. Maka sebanyak mana perkongsian yang ada sebanyak itu jugalah kita akan baca dan jadikan rujukan.
2) Blog nota bahasa Arab bonda ini, bonda khaskan dan jadikan notanya sehabis mudah untuk para ibu. Kenapa? Kerana bonda mahu ibu-ibu boleh jadi rujukan anak-anak untuk pelajari bahasa Arab di rumah.
Sambil ibu-ibu belajar bahasa Al Quran ini, secara langsung bantu anak-anak siapkan homework bahasa Arab yang cikgu beri. InsyaAllah
Ramai ingat bahasa Arab susah. Bonda dulu begitu juga. Tapi percayalah, bila sudah mula belajar, kita jadi makin cinta. Bahasa Arab ini bahasa yang selalu kita tutur tanpa sedar. Kan dalam solat, sewaktu berdoa, membaca Al Quran dan sekian banyak ucapan zikir dan kalimah toyyibah (kata-kata yang baik) adalah dalam bahasa Arab. Bila sudah belajar, akan jadi faham kita pada bahasa Al Quran, ibadah jadi lebih baik da tenang.
Bonda mahu semua pandang bahasa Arab bahasa mudah dipelajari. Bahasa ilmu. Bahasa berkeperluan tinggi.
Mahu tuliskan sebabnya memang banyak. Nanti bonda sambung lagi. Tunggu dan teruskan membaca ya. Kita ada banyak perkara menarik untuk dikongsi sama-sama.
-------
@bondalutfi
1030am
#ibubelajarbahasaarab
No comments:
Post a Comment